Cara Nak Install 2 Windows Dalam 1 Komputer.



Satu perkara yang amat melecehkan jika anda ingin memasang atau install operating system baru pada komputer anda adalah anda terpaksa memasang semula semua perisian atau games anda.

Bagaimana jika anda boleh pasang atau install dua windows dalam satu komputer yang sama? Masalah anda selesai…

Untuk pengetahuan anda, 2 windows dalam komputer yang sama juga dikenali sebagai dual boot windows…

Dalam post ini anda dapat mempelajari bagaimana cara membuat dual boot windows 7 dan Windows 10 atau mana-mana gabungan windows pilihan anda dalam satu komputer yang sama. Secara ringkasnya, 2 windows 1 pc atau 1 laptop 2 windows.

Sebagai bacaan tambahan dalam bahasa Indonesia anda boleh merujuk juga artikel ini: Panduan Cara Install Dua Windows Dalam Satu PC

Ringkasan Cara Install dua windows dalam satu komputer

Dalam post ini, saya menganggap anda tahu atau mempunyai pengalaman dalam memformat komputer atau memasang Operating sistem baru.


Berikut merupakan langkah-langkah utama untuk memasang 2 windows dalam satu komputer.

  1. Periksa spesifikasi komputer untuk memastikan ianya dapat menyokong windows yang anda ingin pasang.
  2. Sediakan tempat install untuk windows baru.
  3. Sediakan installer windows.
  4. Install Windows.
  5. Buat tetapan dual boot untuk membolehkan anda memilih Windows ketika on komputer
  6. Selesai

Mari kita lihat secara terperinci setiap langkah ini.

1. Pastikan spesifikasi komputer anda dapat menyokong windows yang ingin digunakan

Ini merupakan perkara yang paling penting. Sebelum anda memutuskan untuk memasang windows atau mana-mana operating sistem pada komputer anda, pastikan spesifikasi komputer anda mampu menyokong windows tersebut.

Jika anda membeli komputer atau laptop keluaran 2015 dan ke atas besar kemungkinan tidak ada masalah, namun ada baiknya jika anda periksa terlebih dahulu.

Cara untuk memastikan adalah bergantung kepada:

  1. Jenis windows: Window 7, Windows 8 atau Windows 10
  2. Versi windows: 32 bit (x86) atau 64 bit (x64)

Nota: Terdapat 2 versi untuk setiap jenis windows. Sebagai contoh terdapat 2 versi window 7 iaitu Window 7 32 bit atau window 7 64 bit.


Berikut merupakan keperluan minima untuk setiap jenis window:

Window 7 (32 bit)

  • Pemproses: 1 GHz dan ke atas
  • RAM: 1GB RAM
  • Hard disk: 16 GB kosong

Window 7 (64 bit)

  • Pemproses: 1 GHz dan ke atas
  • RAM: 2 GB RAM
  • Hard disk: 20 GB Kosong

Window 8 (32 bit)

  • Pemproses: 1 GHz dan ke atas
  • RAM: 1GB RAM
  • Hard disk: 16 GB kosong

Window 8 (64 bit)

  • Pemproses: 1 GHz dan ke atas
  • RAM: 2 GB RAM
  • Hard disk: 20 GB Kosong

Window 10 (32 bit)

  • Pemproses: 1 GHz dan ke atas
  • RAM: 1GB RAM
  • Hard disk: 16 GB kosong

Window 10 (64 bit)

  • Pemproses: 1 GHz dan ke atas
  • RAM: 2 GB RAM
  • Hard disk: 20 GB Kos

Cara periksa spesifikasi PC anda

Window 7

ruangan spesifikasi window 7

Klik “Start“, pergi ke “My computer“, right-klik my computer dan pilih “Properties“.

Window 8

Untuk windows 8 (dan 8.1), bawa pointer tetikus (mouse) anda ke bahagian paling bawah penjuru sebelah kiri, right-klik dan klik “System“.

Window 10

ruangan spesifikasi window 10

Untuk windows 10, right-klik pada “Start Menu“, dan pilih “System“.

cara periksa spesifikasi komputer di window 10

Nota: Sebagai alternatif anda boleh menggunakan search untuk mengetahui spesifikasi penuh komputer anda. Caranya adalah seperti berikut:

  • Tekan “Windows Key + R” pada keyboard anda untuk membuka ruangan “Run“. Taip masuk “msinfo32” (tanpa pembuka/penutup kata) dan klik “OK“.

cara ringkas periksa komputer spesifikasi windows

Windows versi 32 bit atau 64 bit?

Saya cadangkan anda guna windows versi 64 bit sebagai pilihan utama kerana window versi 64 bit menyokong RAM lebih daripada 4GB.


Windows versi 43 bit hanya mampu menyokong RAM sehingga kira-kira 3.5GB (atau maksimum 4GB) sahaja.

Dalam erti kata lain, jika anda mempunyai 8GB RAM dipasang pada komputer anda window versi 32 bit hanya dapat menggunakan 3.5GB – 4GB sahaja.

batasan RAM pada windows 32 bit

Namun begitu jika anda ingin menggunakan windows versi 64 bit, periksa dahulu sama ada pemproses (CPU) komputer anda boleh mengendalikan versi 64 bit atau tidak.

Cara untuk periksa adalah seperti berikut:

Untuk Window 7, 8 dan 10

  • Buka ruangan “System Information” dengan cara menekan kekunci “Windows Key + R” secara serentak pada keyboard anda.
  • Dalam bahagian “System Summary“, lihat pada bahagian “System Type“.

cara periksa komputer boleh support 64 bit atau tidak

  • Jika ruangan tersebut menyatakan “x64-based pc“, bermakna komputer anda menyokong window versi 64 bit. Selain daripada itu…mungkin anda patut menggunakan versi 32 bit.

2. Sediakan ruangan hardisk untuk tempat windows baru

Anda perlukan ruangan untuk tempat windows baru yang ingin dipasang. Jangan install dalam bahagian (partition) yang sama dengan windows yang sedia ada. terdapat dua pilihan untuk perkara ini:

  1. Install dalam hard disk yang sama dalam partition berbeza
  2. Install dalam hard disk baru

Install dalam hardisk yang sama, partition berbeza

Ada berapa partition dalam hard disk yang anda gunakan sekarang? Lebih daripada satu?

partition hard disk komputer anda

Jika hard disk anda mempunyai lebih daripada satu partition anda boleh menggunakan cara ini.

Windows yang asal selalunya berada di bahagian Local Disk (C:) dalam hard disk anda. Jadi untuk windows yang baru anda akan install pada bahagian selain C: iaitu pada bahagian D: atau bahagian lain selain daripada C:.

Pastikan partition yang anda akan gunakan tersebut lebih daripada keperluan minima untuk install windows iaitu 16GB untuk window versi 32 bit dan 20GB untuk window versi 64 bit.

Jika partition yang akan digunakan mengandungi apa-apa fail, buat back-up atau pindahkan dahulu kerana partition tersebut akan diformat/dikosongkan semasa install nanti.

Install dalam hard disk baru

Ini merupakan pilihan terbaik. Jika anda mempunyai hard disk lebih, pasang hard disk tersebut dan gunakan sebagai tempat untuk windows baru anda.

3. Sediakan installer windows

Installer untuk windows boleh disediakan dalam 2 bentuk iaitu dalam bentuk:

  1. Cakera (Disk) CD/DVD atau;
  2. USB Flash Drive (thumb drive/pen drive dan sbg)

Jika anda menggunakan cakera (disk), tidak ada yang perlu dibincangkan. Anda boleh pergi ke langkah yang berikutnya.

Jika komputer anda tidak mempunyai pemain cakera ataupun anda mahu menggunakan USB Flash Drive untuk install window anda boleh menggunakan cara berikut untuk menyediakan installer windows.

Cara menyediakan installer window dalam USB Flash Drive

Pastikan USB Flash Drive anda mempunyai kapasiti lebih daripada 4GB.

Pastikan anda mempunyai fail installer windows dalam komputer anda, selalunya dalam bentuk fail ISO atau disk image.

Cara penyedian installer windows dalam USB Flash Drive:

  1. Muat turun perisian berikut: Rufus (Pilih versi portable yang terbaru).
  2. Pasang USB Flash Drive anda pada komputer. Jika mengandungi data pindahkan dahulu.
  3. Buka perisian Rufus tersebut dan tetapkan setting.
  4. Setelah selesai setting klik start dan tunggu hingga proses siap.

4. Install Windows

Jika anda mempunyai pengalaman atau pernah memasang atau format komputer sebelum ini anda pasti tahu bagaimana cara untuk install Windows baru.

Masukkan cakera (disk) tersebut dalam pemain cakera atau pasangkan USB Flash Drive anda dan restart komputer anda.

Selalunya selepas restart, komputer anda akan terus membaca installer tersebut dan akan memaparkan skrin seperti berikut.

paparan window is loading files sewaktu format pc

Jika komputer anda tidak membaca cakera atau USB Flash drive secara automatik, anda boleh mengaktifkan pilihan boot dengan menekan kunci F12 pada keyboard anda.

Penting: Pilihan boot mungkin tidak sama bagi setiap komputer. Untuk memastikan kunci pilihan boot untuk komputer anda cuba perhatikan skrin pertama yang muncul ketika anda ON komputer dan cari perkataan seperti “Boot option: F12“, “Press F11 to choose Boot device” dan sebagainya.

Pilih pilihan “boot from DC/DVD drive” jika anda menggunakan cakera (disc) atau “boot from USB” jika anda menggunakan USB Flash Drive.

Teruskan sehingga anda sampai kebahagian pilihan tempat untuk install windows. Berikut merupakan contoh untuk Window 7:

pilihan partition untuk install windows
Gambar sebagai rujukan sahaja. Jangan Install pada Drive C: jika Windows yang sedia ada di sini.

Klik pada disk partition selain daripada disk partition yang sudah sedia mengandungi windows. Jika anda menggunakan disk yang sama pilih disk partition selain C. Jika anda menggunakan hard disk baru, pilih bahagian disk partition daripada hard disk tersebut.

Jangan lupa untuk format terlebih dahulu disk partition yang ingin anda gunakan agar pemasangan tersebut lagi bersih. Untuk format, klik pada disk partition yang ingin digunakan, klik drive option (advance) dan format.

Teruskan sehingga prosess install selesai.

5. Buat Tetapan dual boot

Setelah prosess install window selesai, cuba restart atau ON komputer anda. Paparan untuk pilihan windows (boot menu) akan keluar yang mana akan menyuruh anda untuk memilih windows yang and mahu gunakan.

Bergantung pada jenis windows yang anda gunakan paparan untuk pilihan tersebut kelihatan seperti berikut:

Untuk Window 7: Windows Boot Manager

menu boot manager pada window 7

Untuk Window 8 dan ke atas: Choose an operating system

menu window boot manager pada windo 8 dan ke atas

Bagaimana jika komputer anda gagal untuk memaparkan pilihan tersebut?

Buat boot menu secara manual

Jika komputer anda sama sekali tidak memaparkan boot menu untuk pilihan windows ketika start-up, jangan bimbang. Anda hanya perlu membuat menu tersebut secara manual.

Anda boleh menggunakan program EasyBCD untuk membuat boot menu. Muat turun versi percuma program tersebut daripada laman rasmi NeoSmart:EasyBCD.

Install dan run aplikasi tersebut dan buat tetapan seperti berikut:

cara setting easyBCD untuk buat menu dual boot

  • Klik pada pilihan “Add New Entry” pada bahagian kiri program tersebut dan pilih tab windows.
  • Pilih “Type” sebagai “window vista/7/8/10” (Bergantung pada windows yang bermasalah)
  • Tetapkan “Name“, contohnya Window 10Window 8
  • Pada bahagian “Drive” pilih drive yang anda gunakan untuk windows yang tidak muncul tersebut.

Pastikan anda mengisi maklumat dengan betul. Sebagai contoh, saya menginstall windows 10 pada drive C: dan kemudian Windows 7 pada drive E:. Sewaktu restart, boot menu tidak muncul, terus masuk window 7. Oleh itu setting untuk easyBCD adalah seperti berikut – Type: Window vista/7/8/10, Name: Window 10, Drive: C.

  • Setelah pasti klik pada butang “Add Entry
  • Untuk memastikan anda membuat tetapan yang betul, klik pada menu “View setting” pada bahagian kiri program easyBCD. Pastikan terdapat 2 entry.

view setting dalam easyBCD

Restart komputer dan paparan boot menu sepatutnya akan kelihatan.

Jika terdapat sebarang permasalahan anda boleh nyatakan dalam ruangan komen dibawah. Jika post ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan yang memerlukan.

Sumber asal  :  ithmm.com

 

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post