About My Hidden Hand



My Hidden Hand (MHH) merupakan sebuah webblog yang bersifat pengetahuan dan tip2 yg berhubung kait dengan teknologi IT, perniagaan dalam talian, pendigitalisasi perniagaan, kaedah pemasaran dan sebagainya...


Webblog ini dimiliki oleh EMBA Biz Solution, sebuah syarikat milik sepenuhnya bumiputera dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)...


MHH tidak tertakluk atau tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan mana-mana kumpulan, puak, set, team, unit, jawatankuasa bagi mana-mana pertubuhan, parti, ngo, persatuan, kelab dan seumpama dengannya. Tindakan untuk cuba mengaitkan MHH dengan mana-mana pihak adalah tidak tepat dan tidak bijak.

Namun begitu, MHH mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin berkongsi idea dengan MHH agar menyalurkan idea tersebut samada dengan cara email terus ke 


meninggalkan idea di ruangan komen, melalui laman page facebook EMBA Biz Solutions, laman twitter di @padiyappa atau dengan apa cara sekalipun yang difikirkan sesuai dan akan sampai ke tangan MHH.

Setiap idea dan pandangan yang disalurkan terlebih dahulu akan disaring agar tidak terkeluar dari landasan perjuangan MHH sebelum disiarkan.

MHH juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk meletakkan pautan (link) MHH di blog anda, menyenaraikan di dalam bloglist anda. MHH juga tidak menghalang mana-mana pihak yang ingin mengambil artikel atau mana-mana bahagian artikel samada secara 'copy paste', 'screen capture' atau apa jua cara untuk berkongsi maklumat.

Namun begitu, ingin ditegaskan, setelah artikel atau mana-mana bahagian artikel disalin keluar dari MHH, maka MHH tidak lagi bertanggungjawab ke atasnya.

MHH juga mengambil kesempatan merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan kepada MHH termasuk sebagai 'followers', 'bloglist', 'link', melalui komen yang ditinggalkan, sharing, retweete dan sebagainya.

Untuk makluman, MHH akan memaklumkan sumber artikel yang diperolehi sekiranya MHH menyalin (copy paste) sepenuhnya satu-satu artikel. MHH berhak untuk tidak memaklumkan sumber sekiranya artikel tersebut diambil hanya sebahagian tertentu.

MHH juga mengambil kesempatan memohon maaf jika kehadiran blog MHH ini telah menyusahkan atau memberi kesan dalam kehidupan mana-mana pihak. 

Kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk berkongsi sebarang info dan maklumat, boleh hubungi MHH melalui :

    Email                 : ariffraazdinamik@gmail.com

    FB Pages Msg   : FB Suara Melayu Baru

    Twitter Msg       : @padiyappa

    Whatapps only  : 0194797995

    Semoga MHH akan terus istighomah dalam perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanahair.

    Wassalam...

    Yang benar,

    AriffSMB
    (Penulis MHH)




    Post a Comment

    Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*