Cara Buat Blog: Bina Website dengan Mudah...

Belajar cara buat blog @ cara membuat website sendiri langkah demi langkah hingga siap online!


Anda berhasrat untuk buat blog atau website dan nak tahu bagaimanakah caranya.

Kalau boleh, anda mungkin nak buat sendiri.

Sebenarnya, buat blog tidaklah sesukar yang disangka.

Dengan sedikit panduan anda pasti boleh melakukannya.

Dalam post ini, saya cuba untuk membantu anda untuk belajar buat blog sendiri.

Selengkap yang mungkin dan dengan bahasa yang mudah difahami.

Berikut merupakan 3 bahagian utama dalam post ini:

Topik utama: Cara buat Blog

  • Pilihan platform blog – WordPress
  • Keperluan utama untuk Buat Blog
  • Langkah-langkah Buat Blog

Selamat berkecimpung dalam dunia blogging!

Pilihan platform blog – WordPress

Pertama sekali, kita akan guna wordpress sebagai platform blog.




Terdapat beberapa lagi platform lain contohnya blogger, wix, drupal, joomla dan sebagainya.

Tapi saya sarankan anda gunakan wordpress.

(Saya gunakan wordpress dalam panduan ini).

Kenapa wordpress?

WordPress adalah platform popular.

Daripada 4 laman web yang anda kunjungi, kebarangkalian tinggi lebih daripada 1 laman tersebut menggunakan wordpress sebagai platform.

Kelebihannya bila popular ini adalah, bantuan teknikal, pilihan theme dan plugin tak terbatas.

Lagi satu wordpress ini sangat flexible.

Anda tak perlu tahu pasal coding atau program untuk menggunakannya.

Tapi, jika anda pakar coding, anda boleh menggunakannya dalam wordpress.

Jika diringkaskan kebaikkan wordpress ini:

  • Ia tersedia untuk blog
  • Mudah untuk digunakan
  • Sangat baik untuk SEO (trafik organik)
  • Tak perlu pengetahuan coding
  • Bantuan teknikal meluas
  • Pelbagai pilihan theme untuk rekabentuk laman
  • Pelbagai pilihan plugin untuk menambah fungsi tertentu laman

Jika pada ketika ini anda sedang gunakan platform lain contohnya blogger (blogspot) segera usahakan untuk pindah ke wordpress.

Bagaimana nak pilih wordpress untuk blog?

Untuk bahagian ini tak perlu buat apa-apa.

Tak perlu download wordpress.

Pilihan untuk install wordpress ada tersedia dalam cPanel anda nanti.

Teruskan membaca.

Keperluan utama untuk Buat Blog

Terdapat 4 keperluan utama jika anda nak buat blog:

  1. Masa anda – Masa untuk blog
  2. Nama domain – Contohnya embuzz.co
  3. Hosting – Tempat fail / data blog anda disimpan
  4. Bajet – Untuk bayaran domain dan web hosting

Untuk buat blog anda kena bersedia untuk semua perkara ini, terutama sekali yang nombor 1.

Kunci kejayaan blog adalah masa yang anda luangkan untuk blogging.

Lagi banyak masa anda luangkan, lagi banyak ilmu yang anda pelajari.

Anda juga perlukan nama domain dan hosting sendiri.

Dengan memiliki domain dan hosting sendiri blog anda kelihatan lebih profesional, lebih serius.

Ini membuatkan orang akan lebih percaya dengan blog anda.

Ini akan membantu anda mendapat lebih banyak lawatan (trafik) dan juga pengikut setia (subscriber).

Ia juga membolehkan anda mempelbagaikan cara untuk jana pendapatan daripada blog.

Kita akan bincang lebih mendalam berkenaan nama domain dan hosting ini dalam bahagian yang seterusnya.

Selanjutnya berkenaan dengan bajet.

Untuk serius dalam dunia blogging anda perlu mengeluarkan sedikit belanja.

Pertama sekali untuk membayar domain dan juga hosting.

Tidaklah mahal sangat.

Bergantung pada syarikat penyedia domain dan hosting yang anda pilih.

Anda boleh dapat harga untuk domain dan hosting terbaik dalam sekitar RM100+ setahun.

Jika blog anda sudah berkembang maju nanti RM100++ tu anda boleh cover dengan mudah menggunakan pendapatan daripada blog anda.

Kedua, sebagai pilihan, mungkin anda nak berbelanja sedikit untuk perkara seperti beli theme yang cantik, upah untuk ubahsuai laman dan sebagainya.

Jika anda anda sudah bersedia, mari kita bermula:

Urutan Langkah untuk Buat Blog

Berikut merupakan urutan langkah untuk buat blog sendiri:

  1. Pilih Niche Blog
  2. Tentukan Nama Domain
  3. Beli Domain dan Hosting
  4. Install WordPress
  5. Akses Admin WordPress
  6. Install Theme WordPress
  7. Buat Page & Post

Mari ikuti langkah demi langkah untuk membuat blog ini dengan lebih terperinci.

1 Pilih Niche Blog

Apa itu niche? Niche blog?




Niche dalam dunia blogging bermaksud tema yang anda bawakan dalam blog anda.

Apa yang anda ceritakan dalam blog anda.

Semua post-post yang anda akan buat adalah bermain disekitar niche tersebut.

Hampir seerti dengan topik atau tajuk.

Contoh niche blog adalah travel, hiking, penjagaan kulit muka dan sebagainya.

Contohnya niche untuk myhiddenhand.blogspot.com adalah ‘cara buat blog’.

Kenapa perlu tentukan niche?

Boleh tak saya just buat blog dan post apa-apa perkara yang saya mahu?

Boleh, tak ada masalah.

Blog tersebut milik anda, hak untuk menentukan terpulang daripada anda.

Akan tetapi jika anda mempunyai misi disebalik pembuatan blog tersebut, contohnya nak jana pendapatan secara online, adalah terbaik jika anda tentukan niche untuk blog anda.

Kelebihan Niche Blog.

Jika diringkaskan, berikut merupakan antara kelebihan mempunyai niche:

  • Ranking SEO lagi baik
  • Mudah untuk anda dapat pengikut
  • Mudah untuk anda buat post nanti
  • Lebih dipercayai oleh target pembaca anda
  • Senang untuk anda menjana pendapatan
  • Sangat baik untuk affiliate
  • Target pembaca anda lebih aktif

Contohnya ringkas seperti berikut.

Anda nak cari info berkenaan kebaikkan vitamin C.

Anda search dekat Google dan dapat 2 keputusan carian yang berkaitan seperti berikut:

  1. Artikel “kebaikan vitamin C” daripada blog kesihatan
  2. Artikel “kebaikan vitamin C” daripada blog mat hensem

Mana satu anda lebih percaya atau yakin untuk membaca?

No 1 atau no 2?

Seimbas lalu sudah semestinya artikel no 1. Bukan?

Seterusnya:

Bagaimana nak pilih Niche Blog?

Jika anda buat blog untuk syarikat anda (agensi perlancongan, pembinaan dan sebagainya) sudah tentu anda kena pilih niche tersebut.

Jika anda nak mulakan blog dari 0;

Pilihan terbaik adalah buat niche yang anda minat.

Contohnya hobi anda, kepakaran anda dan sebagainya.

Contohnya anda minat bermain alat muzik gitar.

Buat niche blog yang spesifik untuk alat muzik gitar.

Taktik ini sangat berkesan untuk jangka masa panjang.

Apabila anda memilih niche yang anda minati, anda akan seronok untuk membuatnya.

Anda dapat menyelitkan perasaan atau emosi anda dalam penulisan blog.

Ini menjadikan blog anda lebih menarik.

Kebarangkalian untuk blog menjadi hambar adalah sangat tinggi jika anda tidak menyukai niche yang dipilih.

Agak sukar untuk ‘berbohong’ kepada para pembaca.

Lebih-lebih lagi jika pembaca memang minat niche yang anda pilih.

Ia boleh dikesan daripada gaya penulisan anda.

2 Tentukan Nama Domain untuk Blog anda

Selepas anda pilih niche perkara seterusnya anda perlu tentukan nama domain terbaik untuk blog anda.

Jika anda membuat blog untuk bisnes atau syarikat anda sudah tentu anda akan gunakan nama syarikat atau bisnes anda.

Jika anda tidak mempunyai nama khusus berikut merupakan panduan yang anda boleh gunakan untuk mecipta dan menentukan nama domain yang terbaik.

Panduan pemilihan nama domain terbaik

  • Senang untuk dieja
  • Pendek
  • Senang diingati
  • Sentiasa pilih .com sebagai pilihan utama
  • Pastikan belum digunakan oleh orang lain
  • Sasarkan kepada topik anda
  • Elakkan penggunaan nombor dan simbol

Untuk panduan dan tips penuh anda boleh rujuk post ini: 12 Tips Memilih Nama Domain Terbaik.

Mungkin anda ingin membuat blog tentang pengurusan kewangan peribadi.

Contoh nama domain baik mengikut konsep diatas adalah:

  • matjimat.com

Contoh nama domain yang kurang baik adalah:

  • pengurusankewanganperibadi.com

matjimat.com lebih menarik kerana senang diingat, senang dieja.

Sekali baca orang tahu bahawa blog ini adalah tentang pengurusan kewangan atau sekurang-kurangnya berkenaan dengan wang/duit.

Sebaliknya pengurusankewanganperibadi.com pula sangat panjang, hambar, sukar dibaca dan kurang menarik.

Kelihatan sangat formal seperti scam.

Mungkin ada pakar SEO diluar sana lebih mengatakan pegurusankewanganperibadi.com lebih baik kerana mengandungi kata kunci.

Tapi ingat, SEO sekarang bukan seperti SEO dulu.

Tidak ada idea untuk nama domain anda?

Mungkin pautan ini boleh membantu anda: Wordoid.

Senaraikan beberapa nama domain pilihan anda.

Kemudian periksa setiap satu senarai tersebut masih available untuk digunakan atau tidak.

Untuk memeriksa, boleh gunakan pautan ini: Instant Domain Checker.




Apa bila anda sudah dapat nama domain yang anda mau boleh teruskan ke langkah yang seterusnya.

3 Beli Domain dan Hosting

Bahagian ini memerlukan anda mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli domain dan juga hosting.

Jumlah bayaran yang diperlukan adalah bergantung dengan syarikat @ penjual yang anda pilih.

Apa syarikat hosting yang perlu saya pilih?

Ada banyak pilihan yang boleh anda buat.

Bagi saya, jika anda baru sahaja bermula dalam dunia blog terdapat 3 perkara yang perlu dititik beratkan:

  • Sokongan & bantuan teknikal – Anda perlu banyak sokongan jika baru sahaja bermula. Agar tak buntu bila ada masalah.
  • Kos murah & berpatutan – Bersesuaian dengan kemampuan anda.
  • Laju & kurang downtime – Untuk SEO dan juga kelancaran anda membuat blog.

Ketika ini saya menggunakan servis (domain dan hosting) daripada 2 syarikat berikut:

www.namecheap.com adalah pilihan utama yang terbaik jika anda baru sahaja bermula dalam dunia blog.

Laju, jarang ada downtime dan harga murah.

Anda boleh dapat domain dan hosting (pakej stellar) dengan harga RM105 untuk tahun pertama (diskaun) dan RM160 untuk tahun tahun berikutnya.

(Harga mungkin berubah mengikut kadar pertukaran matawang semasa)

Tapi, sebab utama saya sarankan namecheap kerana khidmat sokongan dan bantuan mereka yang sangat baik dan cepat.

Bila anda berhadapan dengan masalah, anda hanya perlu hubungi mereka melalui aplikasi ‘Livechat’ pada laman web mereka (yang mana beroperasi setiap masa @ 24/7!).

Saya boleh jamin mereka akan layan anda dengan baik.

Selain itu namecheap juga akan berikan anda whois data protection percuma.

Ini akan merahsiakan data peribadi anda sebagai pemilik laman web @ domain.

www.siteground.com setakat ini merupakan syarikat terbaik yang pernah saya gunakan.

Sangat laju (tersenarai dalam senarai top-10), hampir tidak ada downtime (uptime 99.99%) dan khidmat sokongan yang baik.

Harganya mungkin agak mahal berbanding dengan namecheap.

Untuk domain dan hosting, pakej termurah kira-kira RM267 untuk tahun pertama (diskaun) dan RM672 untuk tahun-tahun seterusnya.

Jika anda mempunyai bajet lebih atau mungkin anda buat laman web untuk syarikat, jangan fikir panjang – terus ambil servis dengan siteground. 👍

NOTA: Saya pernah guna servis dari ShiftServer (syarikat tempatan) sebagai alternatif kerana harga agak murah. Saya TIDAK sarankan anda ambil khidmat dengan mereka. Saya pernah alami pengalaman buruk dengan mereka. Jika anda sekarang sedang bersama Shiftserver segera usahakan untuk pindahkan domain dan juga hosting anda. Ini serius.

(Saya kehilangan 2 laman web ketika bersama dengan shiftserver)

Panduan membeli domain dan pakej hosting

Sebelum membeli domain + hosting dari mana-mana syarikat periksa dahulu sama ada terdapat sebarang promosi atau tidak.

Ini untuk mendapatkan seberapa banyak diskaun yang boleh.

Promosi tersebut selalunya dipaparkan dalam laman web mereka.

Jika anda memilih untuk menggunakan servis Namecheap ada boleh gunakan panduan berikut.

(Syarikat lain juga lebih kurang sama jalannya)

Cara Beli Domain + Hosting di Namecheap

Lawati ke laman rasmi namecheap: www.namecheap.com.

Pada bahagian menu klik: Hosting > Shared Hosting.



Pilihan berikut akan keluar:




Jika anda baru sahaja bermula, pilihan terbaik adalah pakej Stellar.

Kosnya kira-kira RM65 untuk tahun pertama (50% diskaun) dan RM130 untuk tahun-tahun berikutnya.

Jika anda pilih pakej ‘Stellar’, klik pada butang ‘Get Started‘ untuk meneruskan.

klik butang get started

Paparan seterusnya memberikan anda pilihan berkenaan dengan domain:

pilihan untuk domain

Klik pada butang ‘Purchase a new domain‘.

Masukkan nama domain pilihan anda:

masukkan nama domain

Pastikan jumlah tahun langganan adalah mengikut pilihan anda – 1 year, 2 years….

Klik pada butang ‘Add New Domain to cart‘ untuk meneruskan.

Lihat pada bahagian ‘Your order‘ yang terletak pada bahagian kanan (jika anda menggunakan pc).

your order area

Pastikan pakej hosting dan domain anda tersenarai dalam bahagian ini.

Klik pada butang ‘Continue‘ untuk meneruskan.

Paparan seperti berikut akan muncul:

shopping cart namecheap

Pastikan pilihan berikut ada dalam senarai:

  • Domain Registration – domain pilihan anda
  • WhoisGuard – Pastikan ‘enabled’. Servis ini diberikan percuma. Bertujuan menyembunyikan data peribadi anda.
  • Hosting – Stellar.

Jumlah yang perlu dibayar dipaparkan pada bahagian ‘Your Subtotal’ yang terletak pada sebelah (kanan paparan PC)

namecheap your subtotal

Sebelum anda meneruskan untuk membayar, periksa dahulu bahagian promosi untuk mendapatkan diskaun yang ditawarkan.

Untuk lihat promosi terkini lawati bahagian: Promosi Namecheap

Copy mana-mana diskaun code yang berkenaan dan masukkan dalam ruangan “promo code”.

Seterusnya, klik pada butang ‘Confirm Order.

Langkah seterusnya memerlukan anda membuat akaun dengan namecheap. Ini penting bagi membolehkan anda mengurus laman web anda.

namecheap buat akaun

Isikan bahagian yang diminta seperti:

  • Username – Id yang akan anda gunakan untuk login ke akaun namecheap
  • Password – Password pilihan anda
  • Confirm Password – Untuk memastikan anda masukkan password yang sama @ betul
  • First name – Nama anda
  • Last name – Nama ayah atau sambungan penuh pada nama anda
  • Email address – Alamat email yang boleh anda akses

Simpan maklumat tersebut untuk kegunaan anda login nanti.

(Maklumat yang sama akan dihantar ke email yang anda daftarkan)

Pastikan semua maklumat betul kemudian klik pada butang ‘Create Account and Continue‘ untuk meneruskan.

Paparan seterusnya adalah pilihan cara pembayaran.

Anda boleh memilih untuk membayar melalui:

  • Secure Card Payment – Anda boleh gunakan kad debit atau kredit
  • Paypal – Jika anda mempunyai akaun paypal
  • Account Funds – Untuk pilihan lain seperti bitcoin

Saya membuat bayaran menggunakan cara ‘Secure Card Payment’ dengan menggunakan kad atm Maybank yang mana juga berfungsi sebagai kad debit.

Untuk membayar menggunakan kad debit Maybank, anda kena aktifkan dahulu kad anda untuk transaksi luar negara.

Jika anda belum aktifkan, boleh rujuk panduan ini:

Cara aktifkan Debit Kad Maybank untuk transaksi online & luar negara.

Ataupun, anda boleh gunakan Prepaid Mastercard BigPay.

Sila rujuk post ini untuk cara dapatkan Mastercard BigPay:

Apa itu BigPay? Cara guna, daftar & kelebihan.

(BigPay bagi anda mastercard percuma, dapatkan satu untuk mudahkan urusan transaksi online anda!)

Seterusnya, lengkapkan bahagian cara pembayaran pilihan anda.

Contohnya jika anda memilih untuk membayar menggunakan cara ‘Secure Card Payment’, berikan maklumat yang diperlukan.

maklumat secure card payment

Skrol ke bahagian bawah dan lengkapkan bahagian yang diperlukan seperti bahagian ‘Receipt Details’.

(Bahagian Renewal Setting saya biarkan kosong – saya buat secara manual)

Klik pada butang Continue untuk menyelesaikan pembayaran.

Domain dan juga hosting anda akan diaktifkan sejurus selepas proses pembayaran selesai. Namun begitu dalam sesetengah kes anda perlu menunggu dalam masa sejam.

Untuk memastikan domain dan hosting yang anda beli dah aktif, cuba nama domain anda dalam ruangan url pelayar internet (browser).

Jika tak keluar “web not found” atau error maknanya ia dah aktif dan anda boleh teruskan ke langkah seterusnya:

4 Install WordPress

Berikut merupakan cara untuk install wordpress pada untuk blog anda.

Cara install WordPress melalui cPanel

  1. Akses cPanel anda dengan menambah /cpanel pada hujung domain anda. Contoh: www.domainanda.com/cpanel.
  2. Masukkan username dan password anda. Butiran tersebut sepatutnya ada dihantar ke email anda.
  3. Jika cara diatas tidak berjaya anda juga boleh akses cPanel melalui akaun anda pada syarikat hosting blog anda atau melalui link yang dihantar ke email anda oleh syarikat hosting anda.
  4. Bergantung pada tema cpanel yang digunakan, paparan utama cpanel kelihatan seperti berikut.utama cpanel
  5. Pergi ke bahagian Softaculous Apps Installer. Bahagian tersebut biasanya terletak pada bahagian bawah pada paparan utama cpanel.softaculous apps installer
  6. Klik pada butang wordpress.
  7. Paparan seperti berikut akan muncul.paparan utama sewaktu install wordpress
  8. Pada bahagian atas, terdapat menu pilihan. Klik pada butang Install. Ini akan membawa anda kepada bahagian setting wordpress.butang install wordpress
  9. Bahagian Software setup.wordpress bahagian software setup
  10. Pada Choose protocol, anda boleh memilih daripada 4 pilihan struktur domain anda. Saya cadangkan anda memilih https://www kerana ia memberikan anda kelebihan dari segi sekuriti, SEO dan teknikal. 
  11. Untuk Choose Domain pilih domain anda.
  12. Untuk In directory, kosongkan bahagian ini. Asalnya terdapat perkataan WP_ . Padam perkataan tersebut.
  13. Bahagian Site Settings. Jika anda belum ada idea untuk mengisi bahagian ini, jangan risau. Ia boleh diubah juga kelak melalui panel admin.wordpress install site setting
  14. Untuk Site Name, isikan nama blog anda.
  15. Untuk Site description, isikan penerangan ringkas blog anda dalam 3 ke 5 patah perkataan.
  16. Untuk Enable Multisite (WPMU)biarkan bahagian ini kosong. Jangan tandakan. (melainkan anda faham kegunaan dan syarat-syaratnya).
  17. Bahagian Admin Account.install wordpress admin account
  18. Untuk Admin Username, tetapkan id @ username pilihan anda sini. Anda akan gunakannya sebagai akses ke panel admin blog anda.
  19. Untuk Admin Password, tetapkan password pilihan anda.
  20. Untuk Admin Email, tetapkan email pilihan anda sini. Asalnya adalah admin@domainanda.com. Anda boleh menggantikannya dengan email gmail atau mana-mana email yang sering anda gunakan.
  21. Bahagian Choose language. Pilih bahasa kegemaran anda.install wordpress pilih bahasa
  22. Bahagian Select Plugin(s), pilihan ini bergantung kepada anda. Saya biarkan sahaja bahagian ini tidak ditandakan.install wordpress pilih plugins
  23. Bahagian Advance Options.install wordpress advance option
  24. Untuk Database Name dan Table prefix, biarkan sahaja seperti yang asal.
  25. Untuk Auto Upgrade WordPress Plugins dan Auto upgrade WordPress Themes, ikut kesesuaian anda. Anda mahu update secara manual atau sistem tolong update kan.
  26. Untuk Backup location, tetapkan pada default.
  27. Untuk bahagian Select theme, pilih sahaja mana-mana tema, anda boleh tukar tema tersebut nanti bila suda ada tema pilihan anda.install wordpress pilih tema
  28. Setelah siap dan yakin dengan setting anda, klik pada butang Install.wordpress sedang install
  29. Proses install wordpress selesai dengan paparan berikut.wordpress install siap

Dengan berakhirnya langkah ke-29 ini bermakna selesailah proses pemasangan WordPress pada blog anda. Blog anda sudah online dan anda boleh mula mengerjakannya.

5 Cara akses Admin WordPress

Untuk mula mengerjakan blog @ laman web anda perlu masuk ke dalam panel atau admin WordPress.

Bagi anda yang baru sahaja mula berjinak-jinak dalam menggunakan platform wordpress, panel admin kelihatan seperti berikut:

dashboard wordpress

Untuk mengakses panel admin blog anda, anda hanya perlu menambah /wp-login.phppada hujung domain anda.


Ini akan membawa anda ke paparan log masuk blog anda. Paparan log masuk atau login kelihatan seperti berikut:

log masuk wordpress

Masukkan username dan password yang anda daftarkan sewaktu mula-mula install wordpress tadi, kemudian klik Log In.

Jika anda terlupa username, boleh gunakan alamat email yang anda daftarkan sewaktu install wordpress.

6 Cara Install @ Ubah Theme blog anda

Jika anda tidak berpuas hati dengan theme atau tema yang sedia ada anda boleh menukar tema tersebut dengan tema pilihan anda.

Untuk menukar theme:

Appearance > Themes > Add New

Menu Appearance terletak pada sebelah kiri panel admin. Butang Add New pula terletak pada bahagian atas paparan Themes.

Paparan seperti berikut akan muncul:

cara add new theme

Terdapat banyak pilihan theme untuk anda pilih. Anda boleh gunakan fungsi Search dan featured filter ataupun menu Featured, Popular dan Latest untuk membantu carian anda.

Sebagai panduan untuk memilih theme:

  • Lagi ringkas lagi baik – Theme yang berat (mempunyai macam-macam fungsi) menjadikan blog anda susah untuk digunakan dan lambat.
  • Jangan pilih theme yang jenis hurufnya sukar dibaca.
  • Pilih theme yang responsive – Saiz berubah mengikut saiz skrin PC, tablet dan juga handphone
  • Lihat kesesuaian warna theme dengan intipati blog – Warna latar gelap atau terang
  • Lihat rating theme – Pilih purata rating 4 bintang ke atas.

Jika anda punya bajet lebih pertimbangkan untuk beli theme premium. Theme premium termurah dan terbaik boleh didapati dari evanto market.

Selepas mendapat theme yang anda sukai @ bersesuaian, klik Install, kemudian klik Activate untuk mengaktifkan.

Seterusnya untuk melengkapkan blog anda: Buat post pertama anda.

7 Buat Post

Sebelum itu, ketahui dahulu beza antara Post dan Page dan bila masa untuk menggunakkannya.

  • Post: Pilihan utama anda untuk sebarang artikel blog yang anda buat. Disusun mengikut masa.
    Yang baru berada di depan.
  • Page: Untuk laman yang statik seperti tentang saya, polisi syarikat, hubungi kami dan sebagainya.

Untuk buat post baru klik pada menu “Post” yang terletak pada sebelah kiri panel admin, kemudian pilih “Add New“.

Paparan seperti berikut akan muncul:

buat page baru

Anda boleh simpan sebagai draft atau publish post anda.

Selamat berkecimpung dalam dunia blog.

Kongsikan jika post ini bermanfaat dan membantu anda. Kongsikan juga dengan rakan anda yang berminat hendak membuat blog.

Sebarang soalan? Anda boleh nyatakan dalam ruangan komen dibawah. Saya sedia membantu anda.


Sumber asal  :  ithmm.com

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post